Informasi Umum, Pendidikan, Agama, Teknologi, Pengembangan diri, Seni, dan Humor

Jumat, 04 Januari 2013

Kelebihan Isteri Yang Taat Kepada Suami

Dalam surah al-Nisa’ ayat ke tiga puluh empat, Allah menerangkan ciri-ciri isteri shalihah:

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama.

Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat di atas mengemukakan penjelasan kebanyakan ilmuan Islam bahawa “taat” yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah ketaatan kepada suami.

Ini diperkuatkan oleh hadis-hadis Rasulullah. Di antaranya, baginda bersabda:

Apabila seorang wanita (isteri) mendirikan solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (dari berzina dengan lelaki lain) dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya:

“Masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu ingini.”
[Musnad Ahmad, no: 1661 dengan sanad hasan]

Jika isteri tidak taat sehingga suami marah atau kecewa dengannya, maka Rasulullah mengingatkan:

Tiga orang yang solat mereka tidak terangkat walau sejengkal dari atas kepala mereka:
(1) Seseorang yang menjadi imam solat bagi satu kaum (makmum) sedangkan mereka membencinya,
(2) isteri yang tidur sedangkan suaminya dalam keadaan marah kepadanya dan
(3) dua saudara (seislam) yang saling bermusuhan.
[Shahih Ibn Hibban, no: 1757 dengan sanad hasan]

Semua ini dengan catatan, ketaatan isteri kepada suami hanyalah dalam perkara yang selari dengan Islam.

Jika ia bertentangan, seperti suami yang menyuruh isteri mendedahkan aurat, maka tiada ketaatan di dalamnya. Rasulullah bersabda:

Diwajibkan mendengar dan taat ke atas setiap muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat.

Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tiada wajib mendengar dan tidak wajib taat.[Shahih al-Bukhari, no: 6611]

1. Rasulullah bersabda, maksudnya :
“Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

2. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”

3. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”

4. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”

5. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”

6. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

7. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”

8. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

9. Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”

http://nurhidayahjalansuciku.blogspot.com/2012/01/kelebihan-isteri-yang-taat-kepada-suami.html



Tidak ada komentar:

Posting Komentar